Monday, March 19, 2012
Just some meaningful words...
Anak itu adalah anugerah dari Allah swt. Secara tak langsung, kita telah dipilih olehNya utk menjadi seorang hamba yg bertuah kerana ya, ada yg sihat, berkedudukan, memiliki segala-galanya BUT tidak mampu memperolehi anak sediri. Allah itu Maha Pemurah, tapi manusia itu sering lupa diri bila memperolehi rezeki dan kesenangan yg diberikan olehNya. Anak itu amanah buat kita. Menjaganya dengan baik dan memberikan didikan yang baik buatnya adalah TANGGUNGJAWAB kita. But manusia selalu abaikan tanggungjawab itu hanya kerana duit. Even dalam Al-Quran ada menyebut, menjaga dan mendidik anak adalah tanggungjawab seorang Isteri. Ya, isteri. Tanggungjawab mencari nafkah, wang ringgit itu adalah tanggungjawab suami. So, dimana dtgnya paksaan buat kamu si isteri, perlu juga bekerja mencari duit sampai sanggup mengabaikan anak dan hal-hal urusan rumahtangga? Ya, kamu bergaji besar, mampu hire bibik (or ada juga yg tinggalkan anak pada ibubapa utk dijaga), tapi wajarkan lepas tangan pada kerja-kerja memastikan anak makan makanan yg berkhasiat, mengajar mereka dan memberi didikan dan pantauan yg terbaik, baju-baju kotor telah dibasuh, suami tidak perlu keluar semula utk dinner after balik dari kerja? Alasan yang sering diberikan oleh seorang Isteri 'malas' yg bekerja; "I penatlah...I pun bantu cari duit! Balik rumah untuk berehat. Buat apa I hire bibik kalau I masih perlu buat semua kerja-kerja tue!". Bila kita dinikahi, secara tak langsung, sudah menjadi tanggungjawab kita as isteri membantu suami. Bukan sekadar membantunya mencari duit! Bagaimana kamu boleh hidup happy dengan duit yg banyak tue, sedangkan suami makan makanan yg disediakan oleh pembantu rumah Indon everyday? Bagaimana kamu boleh enjoy life walaupun kamu tidak perasan akan perkembangan anak kamu sediri? Kamu rasa kamu boleh beli masa yang telah 'hilang' bersama anak itu dengan wang? Saya hairan. Malah isu ini telah menjadikan saya semakin kuat, semakin bersemangat utk menjaga keluarga saya dengan baik. Sebab itu saya tidak pernah menyesal kerana tidak mampu bebas keluar bekerja macam wanita-wanita di luar sana :) Alhamdulillah, so far, kami cukup segala-galanya. Tidak lebih, tidak kurang. Kami bersyukur. Kerana saya yakin, profession as 'surirumah' itu adalah ibadah. Saya yakin, rezeki akan sentiasa ada buat kami, yg penting, kami harus sentiasa bersyukur, bersabar dgn dugaan and jgn sesekali menyusahkan org lain terutama Ibubapa kita. Kepada parents yg minta ibubapa tolong jagakan anak dirumah, kamu harus sentiasa bantu juga meringankan beban itu. Jgnlah balik jer dari kerja, expect food dah tersedia di atas meja, botol-botol susu anak sudah berbasuh, baju-baju kotor mereka sudah diuruskan...Kurang ajar jika kamu berkelakuan begitu! Ingatlah, pahala jer yg boleh dibawa mati, selagi hidup, buatlah pahala sebyk yg boleh. Dont worry, saya bukan anti-working mom... :) Saya juga akan bekerja semula suatu hari nanti, cuma saya tak mahu menjadi seorang hamba Allah yg tunduk pada duit dan sanggup memperkulikan org lain demi kesenangan diri. Rae, Mommy happy bila dapat membesarkan Rae dgn sendiri...and thanks to my Husband, yang sentiasa menjaga kami dan membuatkan kami sekeluarga happy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment